myself

aku eyda ..
jemputlah masuk ke dunia aku ,
di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas ..
mungkin hanya lepas tu , korang akan faham macam mana rasanya berda di dunia aku ..
dunia KELABU (:

eyyi <3
Animated  Sparkly Love Heart

Tuesday 6 December 2011

love your daddy :D

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...




Friday 2 December 2011

hatiku rapuh , , , :(





hari ni ibu aku masih lagi menyuarakan hal yang sama , 
hal yang membabitkan perasaan aku dan hubungan aku , 
ibu cakap ibu tak nak aku bersama dengan "sidia" , 
ibu cakap aku boleh dapat yang lebih lagi dari sidia , 
ibu aku juga cakap yang dia bukan terbaik untuk aku , 

walau ape pon yang cuba ibu aku katakan , 
aku tetap berdegil , 
aku juga menyuarakan pendapat aku , 
dan persoalan demi persoalan aku lontarkan pada ibu , 
ibu menjawab tenang sambil memandang aku , 
setiap patah kata ibu menguris hatiku , 

aku juga menyuarakan pendapat bahawa "sidia" adalah jodoh ku , 
jodoh yang ditentukan oleh qada dan qadar , 
tapi ibu menafikan penyataan aku itu , 
ibu cakap kalau jodoh bukan macam ape yang aku lakukan sekarang ,
ibu cakap kalau betol jodoh aku dengan dye macam ni :-
aku putuskan hubungan dengan "sidia" , 
dan tanpa sebarang perhubungan dan komunikasi antara aku dan dia , 
insyaallah kalau jodoh ibu aku akan bertemunya kembali , 
dan saat itu baru ibu aku akan percaya bahawa "sidia" ,
adalah JODOH sebenar aku , 
dan ibu aku akan menerimanya dengan hati terbuka dan redho ! 

selepas ape yang dicakapkan oleh ibu aku terfikir sedetik , 
perlu ke aku lakukan perkara yang sepertimana yang telah ibu aku cakapkan , 
aku buntu , aku keliru , 
aku terlampau sayang kan "sidia" dan aku juga sayangkan ibuku , 
aku tahu aku harus membuat satu keputusan yang bijak , 
tapi aku cukup pedih untuk menelan semua ini ,

dimanakah pengakhiran cinta kami ?


Thursday 1 December 2011

ibu , ,

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)


Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .


Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .


Aku ada pasangan hidup sendiri .


Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !


Renungkan :


" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak


" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "


Berderai air mata jika kita mendengarnya .


Tapi kalau mak sudah tiada .


" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :


1) TOlOng pergi kedai : RM4.00


2) TOlOng jaga adik : RM4.00


3) TOlOng buang sampah : RM1.00


4) TOlOng kemas bilik : RM2.00


5) TOlOng siram bunga : RM3.00


6) TOlOng sapu sampah : RM3.00


Jumlah : RM17.00


Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .


1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA


2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA


3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA


4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA


5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,


"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .